SELAMAT DATANG KE LAMAN KHUTUB KHANAH PUSAT SUMBER SEKOLAH KEBANGSAAN TEMBILA... Teknologi Bermula di hujung jari… PSS Bestari Bermula di sini..

Wednesday 19 September 2012

Lumba basikal LTdL – Terengganu diberi penghormatan kali kedua

Terengganu sekali lagi diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah bagi pusingan peringkat akhir kejohanan lumba basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) edisi ke-18 bermula 21 Februari hingga 3 Mac tahun depan.

Menteri Besar Dato’ Seri Haji Ahmad Said berkata, perlumbaan peringkat empat itu dari Kuantan ke Dungun – Besut – Pasir Putih Kelantan – Kuala Berang Hulu Terengganu dan berakhir di Kuala Terengganu sama seperti tahun lalu.

Barisan Peserta Kursus Pertengahan PSS kohot 1


Hari ini (20 September 2012) merupakan hari terakhir guru-guru GPM berkursus di BTPN Terengganu setelah 4 hari memerah tenaga dan minda menimba ilmu perpustakaan. Diharap ilmu yang diperolehi daripada kursus ini, dapat dimanfaatkan apabila berada di sekolah nanti, insyallah... Kami peserta kursus mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada barisan fasilitator yang sudi berkongsi ilmu untuk memajukan Pusat Sumber sekolah kami.

Tuesday 11 September 2012

KURSUS PERTENGAHAN PUSAT SUMBER KOHOT 1

Satu kursus Pertengahan Pusat Sumber telah diadakan selama 4 hari pada 17hb hingga 20hb September 2012 di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu, Marang. Kursus ini adalah kesinambungan daripada kursus asas sebelum ini yang diadakan pada tahun lepas.

nilam


PENAFIAN

Admin Blog ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.
Hakmilik © 2012